ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa direman selama satu hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan kapal bernilai lebih RM1.18 juta empat tahun lalu.
Majistret, Siti Noor Hasliza Md Ali membenarkan perintah reman selama satu hari hingga Rabu terhadap suspek berusia 40-an itu susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah majistret Alor Setar, di sini, pada Rabu.
Kenderaan SPRM yang membawa suspek dikesan memasuki Kompleks Mahkamah Alor Setar pada jam 8.30 pagi.
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 5 petang pada Selasa di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Kedah, Ahmad Nizam Ismail mengesahkan penahanan pegawai kanan tersebut susulan penahanan empat individu yang disyaki terlibat dalam kes sama sebelum ini.
Pada Selasa, Astro AWANI melaporkan empat individu termasuk seorang pemilik syarikat dan timbalan pengarah logistik agensi penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal bernilai lebih RM1.18 juta.
Kesemua suspek berusia sekitar 30-an dan 40-an direman selama enam hari sehingga Ahad depan di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Selasa.
Menurut sumber, suspek utama dan pemilik syarikat, didakwa mengemukakan tuntutan mengandungi maklumat palsu berhubung kerja penyelenggaraan kapal agensi penguatkuasaan undang-undang itu antara Julai dan November 2020.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Mar 27 2024
Suspek diiringi pegawai SPRM di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar sekitar jam 8.30 pagi tadi. -Astro AWANI
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000
Mohd Syafeeq Mohd Shukri mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Penolong pegawai mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu, salah guna harta
Seorang penolong pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Melaka berhadapan enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan menyalahgunakan harta.
Bekas pegawai Ahli Parlimen Merbok didenda RM45,000 buat tuntutan palsu
Bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas Ahli Parlimen Merbok dijatuhkan hukuman denda RM45,000 di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi projek baik pulih rumah pada 2020.
Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
MB Perlis disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM
Projek terlibat termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.